KOS RAWATAN
Fokus pada pemulihan. Lebih tenang tentang kos rawatan.
Kad perubatan membantu membayar kos hospital dan rawatan yang dilindungi. Kami bantu memilih perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
Bil hospital RM10,000. Berapa saya bayar?
Fahami manfaat, had perlindungan dan bayaran sendiri sebelum memilih.
Bil rawatan
RM10,000
Anda bayar
RM500
Pelan menanggung
RM9,500
Dalam contoh ini, anda bayar deduktibel RM500. Pelan menanggung baki RM9,500 untuk rawatan yang diperlukan dari segi perubatan dan dilindungi.
Kenali deduktibel →Apa yang perlu difahami?
Berapa banyak kos rawatan boleh ditanggung?
Terdapat pilihan had tahunan RM1.5 juta, RM2 juta atau RM3 juta, mengikut rider dan pelan yang dipilih. Had diperbaharui pada tahun sijil seterusnya. Pilihan tanpa had seumur hidup membolehkan perlindungan diteruskan selagi sijil aktif, mengikut had tahunan dan manfaat yang dilindungi.
Bilik hospital mana yang saya layak?
Terdapat pilihan kelayakan bilik RM150, RM200, RM250 atau RM400 sehari. Kami bantu padankan pilihan dengan keselesaan, hospital pilihan dan caruman yang anda mampu. Jika memilih bilik melebihi kelayakan, semak perbezaan bayaran dan syarat berkaitan. Jenis bilik bergantung pada kadar serta ketersediaan hospital.
Deduktibel: berapa yang saya bayar?
Deduktibel ialah amaun tetap yang anda bayar sendiri daripada bil rawatan yang layak.
Contoh: RM500 setahun sijil.
Selepas RM500 dipenuhi, deduktibel yang sama tidak dikenakan lagi dalam tahun sijil tersebut bagi manfaat berkaitan.
Sejak 1 September 2024, BNM mewajibkan pengendali menawarkan pilihan pelan dengan perkongsian kos, termasuk deduktibel, untuk membantu kemampuan dan mengawal inflasi kos perubatan.
Amaun, pengecualian dan bayaran lain bergantung pada pelan. Caruman boleh disemak semula mengikut terma.
Bila perlindungan boleh digunakan?
Panduan bagi rider perubatan yang dibincangkan di sini, dikira dari tarikh kuat kuasa risiko dalam sijil:
- Kemalangan — tiada tempoh menunggu. Kecederaan selepas perlindungan bermula, contohnya patah tangan akibat terjatuh, boleh dipertimbangkan mengikut manfaat. Tidak perlu menunggu 24 jam.
- 30 hari — penyakit umum. Contohnya demam denggi yang memerlukan kemasukan hospital, tertakluk kepada kelayakan tuntutan.
- 120 hari — penyakit tertentu. Contohnya darah tinggi, batu karang, hernia atau ketumbuhan. Ini senarai penyakit tertentu dalam sijil, bukan istilah untuk semua penyakit kritikal.
Keadaan sedia ada dan pengecualian tetap terpakai. Melepasi tempoh menunggu tidak bermakna semua penyakit atau rawatan dilindungi.
Bagaimana pula dengan tempoh dua tahun?
Dalam dua tahun pertama, pengendali boleh menyemak ketepatan maklumat permohonan ketika menilai tuntutan, contohnya sejarah kesihatan sebelum pelan bermula. Ini bukan tempoh menunggu dua tahun untuk menggunakan kad perubatan. Isytiharkan maklumat dengan lengkap; syarat sijil dan pengecualian tetap terpakai.
Sebelum & selepas hospital
Semak berapa hari konsultasi, ujian dan rawatan susulan boleh dituntut. Rawatan kanser dan dialisis biasanya mempunyai peruntukan khusus.
Umur minimum & maksimum untuk memohon
Minimum: bayi berumur 14 hari.
Maksimum: sehingga 70 tahun pada hari jadi berikutnya bagi pilihan i-Medi Evolusi dan i-Medi Signature tertentu.
Had sebenar bergantung pada rider, tempoh perlindungan dan deduktibel. Sesetengah pilihan mempunyai had kemasukan 15, 50 atau 60 tahun. Umur kemasukan ialah umur ketika memohon, bukan umur perlindungan tamat. Kelayakan tertakluk kepada penilaian kesihatan.
Sampai umur berapa saya dilindungi?
Terdapat pilihan perlindungan sehingga umur 70 atau 80 tahun. Untuk kanak-kanak, terdapat juga pilihan sehingga umur 25 tahun dengan kemudahan lanjutan sehingga umur 80, dan seterusnya sehingga umur 100 tahun, tertakluk kepada pilihan serta syarat lanjutan. Sijil perlu kekal aktif dan caruman yang diperlukan perlu diteruskan. Umur ini berdasarkan umur pada hari jadi berikutnya.
Caruman akan kekal atau meningkat?
Pelan yang kami tawarkan mempunyai caruman berjadual tetap, termasuk pelan perubatan. Kami bantu memilih caruman yang sesuai dengan bajet dan perancangan jangka panjang anda.
Untuk pelan perubatan, caruman boleh berubah jika berlaku pelarasan harga perubatan (medical repricing), tertakluk kepada keadaan semasa. Jika ini berlaku, kami akan membantu anda menyemak pilihan dan memberi panduan mengikut keperluan serta kemampuan anda.
Jom cari kad perubatan yang sesuai untuk anda.
Kongsi perancangan dan kemampuan anda. Kami bantu semak apa yang sudah tersedia dan apa yang masih perlu dibina.
Mulakan penilaianBincangkan pilihan kad perubatan anda.
i-Great Evo ialah pelan asas. i-Medi Evolusi dan i-Medi Signature ialah rider perubatan yang boleh dilampirkan mengikut pilihan.
Bincang dulu. Pilih dengan lebih yakin.
Kami bantu memahami pilihan perubatan mengikut keperluan dan kemampuan anda.
Bincang di WhatsAppKonsultasi online atau bersemuka di Kuala Lumpur & Selangor, melalui janji temu.