PENDAPATAN & PEMULIHAN

Medical Card Bayar Hospital. Siapa Bayar Hidup Anda?

Ketika sakit, anda mungkin perlu berehat daripada bekerja. Tetapi bil, ansuran rumah dan belanja keluarga tetap berjalan.

Fokus untuk pulih. Kehidupan tetap berjalan.

“Hibah Hidup” — manfaat tunai ketika anda masih hidup, apabila memenuhi syarat diagnosis penyakit kritikal yang dilindungi. Bantu menampung kehidupan supaya anda boleh fokus pada pemulihan.

Belanja kehidupan

Makanan, bil dan keperluan keluarga.

Komitmen kewangan

Ansuran rumah, kereta dan pembiayaan.

Masa untuk kesihatan

Penjagaan tambahan, pengangkutan dan keperluan ketika sakit.

Istilah “Hibah Hidup” menerangkan sokongan tunai penyakit kritikal, bukan nama produk atau penamaan hibah. Bayaran mengikut syarat manfaat.

Jika perlu berhenti kerja sementara, berapa dana yang anda perlukan?

Mulakan dengan keadaan anda. Ubah angka untuk melihat anggaran.

Cara kira & andaian

Tempoh ialah pilihan perancangan, bukan ramalan tempoh pulih. Kos penjagaan tambahan dan perlindungan sedia ada perlu dinilai berasingan.

Bincang perancangan saya →

Apa yang perlu difahami?

Penyakit & peringkat yang dilindungi

Nama penyakit sahaja tidak mencukupi. Semak definisi, tahap keterukan, tempoh menunggu dan syarat kelangsungan hidup jika berkenaan.

Manfaat tunai atau pengecualian caruman?

Pelan CI boleh memberi tunai; rider waiver pula boleh mengecualikan caruman tertentu. Kedua-duanya bukan manfaat yang sama.

Berapa lama pendapatan perlu diganti?

Fikirkan komitmen bulanan, tanggungan dan tempoh pemulihan yang mahu disediakan. Setiap keluarga mempunyai keperluan berlainan.

Had tuntutan & tempoh perlindungan

Sesetengah pelan tamat selepas bayaran manfaat penuh. Semak had tuntutan, umur tamat dan syarat produk sebelum memilih.

Mulakan dengan keadaan anda.

Kongsi perancangan dan kemampuan anda. Kami bantu semak apa yang sudah tersedia dan apa yang masih perlu dibina.

Mulakan penilaian

Sediakan sokongan tunai ketika sakit.

Rancang waktu sihat. Lebih bersedia waktu sakit.

Dah ada medical card? Kami bantu semak keperluan manfaat tunai anda dan pilihan mengikut bajet.

Bincang di WhatsApp

Konsultasi online atau bersemuka di Kuala Lumpur & Selangor, melalui janji temu.